1 800 22 7277
PEST REACT

Servis Kawalan Makhluk Perosak

PEST REACT

Tikus

Kami mempunyai pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah gangguan tikus, bermula dengan proses pengumpanan sehingga proses pengkalisan.

PEST REACT

Lipas

Kami menghapuskan lipas dengan melakukan pemeriksaan, penyemburan, pengumpanan menggunakan gel, semburan kabus dan pengkalisan.

PEST REACT

Semut

Walaupun semut dianggap serangga yang tidak berbahaya, kehadiran mereka akan menyebabkan gangguan dan ada di antara mereka yang menggigit. Untuk menghentikan pembiakan semut, semburan residual dan pengumpanan jenis gel adalah di antara langkah penghapusan semut yang efektif.

PEST REACT

Anai-anai

Kami melakukan pembasmian koloni anai-anai menerusi teknik pengumpanan, atau rawatan pembetulan secara kimia. Kami juga menawarkan perlindungan anai-anai sebelum anda memulakan projek pembinaan.

PEST REACT

Pepijat

Sama ada telur pepijat ataupun pepijat dewasa, kami lakukan pemeriksaan secara terperinci diikuti dengan rawatan menggunakan residu dan semburan kimia di kawasan-kawasan terlibat untuk menghapuskan pembiakan mereka.

PEST REACT

Lalat

Terdapat pelbagai cara yang kami gunakan untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan lalat termasuklah penggunaan perangkap lalat UV, semburan kabus termal, diikuti dengan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan jumlah lalat di kawasan tersebut berkurang.

PEST REACT

Nyamuk

Semburan kabus digunakan untuk menghapuskan nyamuk dewasa. Bagi tujuan menghentikan pembiakan pula, kami menggunakan kaedah penghapusan larva.

PEST REACT

Burung

Terdapat banyak spesis burung yang membawa penyakit seperti selesema burung, dimana virus tersebut tersebar melalui najis burung. Kami mengendalikan kawalan terhadap burung dengan menggunakan jaring atau pancang, terutama sekali pada sengkuap bumbung atau kompresor penghawa dingin. Cara ini dapat menghindar kehadiran serta pembiakan burung di kawasan-kawasan berkenaan.