Misi & Visi Kami

Untuk memastikan persekitaran anda bebas daripada kehadiran makhluk perosak, pasukan kami yang terdiri daripada pakar-pakar yang dilatih untuk mengendalikan kes-kes makhluk perosak, akan memberi bantuan kepada anda dan mengutamakan keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja rawatan. Menyediakan persekitaran yang bahagia dan bebas daripada ancaman makhluk perosak menjadi keutamaan kami.

Profil Syarikat

Syarikat kami, Pest React, menawarkan servis kawalan makhluk perosak dan telah dibina atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kami terhadap masyarakat sekeliling. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh Encik Kelvin Low, seorang pakar kawalan makhluk perosak yang telah menceburi bidang ini selama 19 tahun, bersama-sama dengan pasukannya yang dianggotai oleh pakar-pakar yang dilatih untuk menangani kes makhluk perosak, sama ada kes biasa mahupun yang luar biasa. Kami memiliki lesen yang sah untuk menjalankan servis kawalan makhluk perosak, dengan mengikut garis panduan yang diberikan oleh penguatkuasa tempatan.

Matlamat utama kami adalah untuk membina komuniti sejagat yang bebas daripada serangan makhluk perosak, di samping bekerja keras untuk menjadi syarikat perkhidmatan kawalan makhluk perosak utama dalam negara. Kami mengendali isu-isu makhluk perosak secara efisien dan efektif sambil mengamalkan konsep mesra alam. Cubalah perkhidmatan kami, pasti anda tidak menyesal. PEST REACT akan selalu menjadi 'Servis Kawalan Makhluk Perosak Pilihan Anda'.

Integriti
Pest React mementingkan integriti dan kejujuran dalam perkhidmatan kami. Pakar-pakar kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang makhluk perosak dan akan berusaha membantu anda menyelesaikan masalah dengan betul dan tepat.

Kualiti Perkhidmatan
Pest React menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan setiap tugasan mendatangkan hasil yang positif. Setiap aspek daripada rawatan kami amat penting, jadi percayalah bahawa kami akan menyelesaikan setiap masalah yang melibatkan makhluk perosak secara holistik dengan menggunakan kaedah yang sesuai.

Harga Berpatutan
Di Pest React, kami faham bahawa untuk menangani isu makhluk perosak akan melibatkan kos yang tinggi, oleh sebab itu kami memberikan harga tetap untuk perkhidmatan kami. Kami percaya jika kami menawarkan harga yang berpatutan, para pelanggan akan lebih mempercayai dan selesa dengan perkhidmatan kami.

Khidmat Pelanggan
Dalam industri perkhidmatan kawalan makhluk perosak, kebanyakan syarikat lebih mementingkan pemerolehan pelanggan dan keuntungan. Dalam hal ini, Pest React mempunyai pandangan yang berbeza, kerana kami lebih mementingkan kualiti khidmat pelanggan kami. Kami ingin memastikan para pelanggan sentiasa mempunyai pengalaman yang baik ketika berurusan dengan kami.

Kerja Berpasukan
Kami bersama-sama berganding bahu untuk mencapai matlamat dan visi kami dengan memberikan pasukan kami bimbingan yang secukupnya untuk membina semangat, kepercayaan dan keyakinan mereka.

BOARD OF DIRECTORS

DATUK WIRA LING KAH CHOK

PENGARAH EKSEKUTIF

YBhg Datuk Wira Ling merupakan seorang usahawan kelahiran Johor yang berjaya dan memiliki pelbagai portfolio pelaburan seperti pembangunan hartanah, pembinaan, perundingan, pendidikan, pembangunan kemahiran dan peruncitan.

Sifat kepimpinan beliau yang semulajadi menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau memegang jawatan-jawatan penting seperti Pengarah Eksekutif di Etasgo Academy, Pengarah di Linbaq Consultancy and Marketing Co. Ltd., Pengarah Urusan di syarikat perniagaan ayam dan Penasihat kepada Northstar Frontier Co. Ltd.

DATUK KHOO TECK KEE

PENGARAH EKSEKUTIF

YBhg Datuk Khoo adalah akauntan berpiagam, FCCA, serta mempunyai keahlian dengan The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) dan Associate of the Chartered Tax Institute of Malaysia (ACTIM). Sebelum ini, beliau pernah terlibat dengan salah satu daripada 4 firma audit yang terbesar di dunia. Pengalaman pengauditan beliau merangkumi syarikat-syarikat multinasional termasuk Nestle Group, ICI Paints Group, OYL Group, KUB Group dan korporasi-korporasi lain yang tersenarai di Bursa Malaysia. Berdasarkan kepentingan dan kejayaan setiap syarikat multinasional tersebut, beliau kerap memberikan cadangan demi kecemerlangan mereka.

YBhg Datuk Khoo juga mahir dalam bidang kesetiausahaan, sistem kawalan dalaman, pengauditan, ketekunan wajar, percukaian, prosedur, polisi dan standard perakaunan seperti MASB dan FRS. Beliau telah memimpin banyak syarikat untuk menjadi organisasi yang lebih berstruktur dan terkawal.

Encik Kelvin Low Chuan Leng

Ketua Pegawai Eksekutif

Sebagai pengasas Pest React Sdn Bhd, Mr. Kelvin Low mempunyai pengalaman lebih dari 19 tahun dalam industri perkhidmatan kawalan makhluk perosak. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Cawangan di sebuah syarikat antarabangsa yang memberi perkhidmatan kawalan makhluk perosak dan alam sekitar. Antara pencapaian Encik Kelvin sepanjang beliau berkhidmat dalam industri ini adalah seperti berikut:

  • 2006 - Pemenang 'Rookie of the Year' dan Penerima Insentif Pelancongan Tahunan
  • 2007 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan, Jualan Tertinggi dalam negara, Saluran tertinggi dalam negara, Mencapai Sasaran 1 Juta Ringgit & 'Termite King' (Jumlah Servis Kawalan Anai-Anai Tertinggi dalam negara)
  • 2008 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan & 'Termite King' (Jumlah Servis Kawalan Anai-Anai Tertinggi dalam negara)
  • 2009 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan
  • 2010 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan
  • 2011 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan
  • 2012 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan & Pengurus Jualan Terbaik dalam negara
  • 2013 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan & Pengurus Jualan Terbaik dalam negara
  • 2014 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan & Pencapaian Terbaik Untuk 9 Tahun Berturut-turut
  • 2016 - Penerima Insentif Pelancongan Tahunan
  • 2016 - Pengurus Jualan Terbaik Malaysia
  • 2017 - Jumlah jualan cawangan tertinggi dalam negara

AHLI PASUKAN KAMI

Nurul Nabilah binti Md Yusof

Ahli Biologi Lapangan

Setelah selesai pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan khusus dalam bidang Entomologi dan Parasitologi di Universiti Sains Malaysia. Beliau memulakan karier dalam bidang kawalan serangga perosak pada tahun 2018. Beliau adalah ahli kaji serangga yang termuda di syarikat sebelum ini. Disebabkan beliau khusus dalam bidang serangga perosak, beliau membantu pelanggan "Quality Pest Management Service (QPMS)". Selain tu, beliau juga aktif dalam memberi kesedaran dan latihan kepada pelanggan tentang serangga perosak. Semasa pandemik, beliau bertanggungjawab untuk melakukan ujian sapuan menggunakan peralatan khusus untuk melihat keberkesanan rawatan pembasmian kuman.

Penasihat Undang-undang

DATUK HAW CHIN TECK D.P.S.M.

YBhg Datuk Haw Chim Teck telah mendapat Ijazah Sarjana Muda (Perundangan) dengan Kepujian daripada University of London pada tahun 1995 dan seterusnya beliau mendapat Sijil Amalan Guaman (CLP) pada tahun 1996. Beliau telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia di awal tahun 1997 selepas menjalani latihan dalam kamar, kemudian beliau mengendalikan firma beliau sendiri sejak tahun 2000. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang guaman selama 21 tahun.

Beliau merupakan rakan kongsi di firma Messrs. Khairin-Nisa & Co., yang telah ditubuhkan pada 15 September 1993 - Spektrum utama bagi aktiviti firma tersebut merangkumi pelaksanaan undang-undang sivil yang menjurus kepada kontrak, komersial, korporat dan perbankan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pindah hak milik tanah dan perbankan serta menguruskan perihal pembiayaan hartanah, pembiayaan projek, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan pembangunan pelbagai projek. Selain daripada bidang hartanah dan urusan pindah hak milik, beliau juga arif dalam sektor jualan aset dan syarikat. Beliau juga telah menjalankan rundingan dengan pelabur asing supaya mereka membuat pelaburan di Malaysia, serta memberi khidmat nasihat kepada mereka tentang perkara-perkara yang melibatkan hartanahdan ekuiti syarikat di Malaysia dan usahasama antara Malaysia dan syarikat negara asing.

Beliau juga telah mengendalikan kes-kes litigasi termasuk kes kemalangan di jalan raya yang melibatkan kenderaan, pertikaian sivil, pengkuatkuasaan penghakiman, kemuflisan, ketaksolvenan, serta litigasi jenayah.